Pertandingan bola sepak 7 Sebelah

5 05 2009

pertandingan berjalan dengan lancar.. pihak kami akan terus berusaha dengan lebih gigih pada masa akan datang bagi membanyakkan lagi aktiviti belia ini…





Bola Sepak 7 Sebelah Belia Gemilang

28 02 2009

Kejohanan Bola Sepak 7 Sebelah akan dianjurkan oleh Belia Gemilang Kampung Parit Raja Gerisek Ledang Johor Darul Takzim. Kejohanan ini akan terbahagi kepada 2 kategori iaitu pemuda dan bawah 15 tahun. Kepada semua ahli kelab PRMC marilah kita sama-sama menyertai kejohanan ini bagi memeriahkan lagi aktiviti di kawasan kita. kejohanan ini dijangka akan diadakan pada:

Tarikh : 2 Mei 2009 ( Cuti Hari Buruh )
Hari  :  Sabtu 
Masa  : 8.00 Pagi – 5 Petang
Tempat : Padang Sekolah Kebangsaan Bukit Rahmat

Marilah kita menjayakannya…..
Majulah Sukan Untuk Negara,





Kesedihan Palestin

10 02 2009

salam…..

Lihatlah betapa teruknya kesan dari kekejaman Yuhudi…. marilah kita sama-sama menderma ke mana-mana saluran yang telah disediakan dari pelbagai pihak….





Dana Kemanusiaan Palestin (DAKAP)

3 02 2009

Perhatian kepada semua ahli kelab, Utusan Malaysia ada menyediakan tabung untuk rakyat Palestin.  Rakyat Malaysia terus melahirkan rasa simpati terhadap penderitaan rakyat Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel dengan menghulurkan sumbangan kepada Dana Kemanusiaan Palestin (Dakap). marilah kita sama-sama menjayakannya…

Kepada sesiapa yang ingin menderma klik pada pautan disebelah kanan. terpulanglah pada anda untuk memilih samada CIMB atan MAYBANK.

logo_dakap





TABUNG UNTUK GAZA

30 01 2009

Kepada Semua Ahli Kelab , marilah kita sama-sama menderma ke tabung Untuk Gaza. Pergerakkan Pemuda UMNO  Pagoh ada menyediakan Tabung Untuk Gaza atau bank in ke akaun Maybank TABUNG NSTP UNTUK GAZA . Kepada sesiapa yang ingin menderma sila klik gambar dibawah untuk ke website Maybank2u.com.my

tabunggazanstp3

img46b05b96b71e42





AL FATIHAH…

29 01 2009

gambar-cheratingUntuk Pengetahuan semua ahli Kelab, kita kehilangan seorang kawan ketika konvoi ke Cherating Pahang. Beliau adalah Juazer Rizal Shalehudin dimana beliau telah lemas ketika mandi di Pantai Cherating. Kepada semua, marilah kita sama-sama sedekahkan AL FATIHAH semoga Rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman. AMIN……. gambar  menunjukkan semua ahli kelab mengaminkan bacaan doa sebelum membawa jenazah balik ke Kampung Parit Raja Gerisek, Muar Johor dari Cherating Pahang.

Berita Penemuan mayat
Berita membawa jenazah pulang Ke kampung





Konvoi ke Cherating Pahang

29 01 2009

Parit Raja Motorcar Club akan mengadakan konvoi ke Cherating Pahang mengikut pada ketetapan berikut :

Tarikh : 25 & 26 Januari 2009
Tempat Berkumpul : Balai Raya Parit Raja
Masa Bertolok : 8.00 Pagi
Dilepaskan Oleh : YB Tahir Bin Taat ( ADUN Bukit Serampang )

Penyertaan masih dibuka untuk yang berminat, Sila hubungi Nordin Bin Ekhwan untuk keterangan lanjut.

kepada semua ahli diharap dapat menepati masa untuk mengelakkan dari kesulitan berlaku.